iSLAM, BOOKS, book review, language
headermask image

header image

pengalaman baru

Dalam pada aku cuba mendapatkan sahabat sahabat seperjuangan yang akan membantu aku menewaskan dajal dajal durjana kelak, aku dapati tidak ada sesiapa pun yang boleh aku percayai, lidah mereka begitu lantang berbicara tetapi malangnya tidak pada hati, tidak pada kekuatan jiwa. Bukan tugas aku di sini menjadi khawarij yang gemar menjatuhkan hukum kerana komplikasi dan definisi iman yang begitu rumit, tetapi sekadar peringatan buat diriku agar kelak aku tidak akan merasa kecewa yang amat sangat.

 

Itulah mereka, bangsa padang pasir yang kuat asabiyahnya.. namun dalam apa yang berlaku pada aku hari ini, tidak begitu, meskipun keadaannya senantiasa begitu. Yang dapat aku rumuskan mereka ini begitu mementingkan diri sendiri.

 

Kekecewaan Ishak kini dapat aku fahami. Arab gagal, total. Noktah. Usahkan menyelamatkan Palestin, membina semula kekuatan diri sendiri pun belum tentu mereka mampu.

 

Al Magdi dan inspirasi keluarganya untuk mencari sesuap nasi, lari dari kemiskinan negara miskin Mesir yang tidak mampu untuk membina hatta permainan musim Ramadhan, yang digelar Fawanis, bergantung sepenuhnya kepada China.

 

Bantulah kami Ya Allah.

If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*