Kembali lagi saya di pentas penulisan ini untuk membicarakan 9/11 secara teliti yang boleh berdasarkan kemampuan saya yang amat terbatas. Seringkali yang dibincangkan ialah siapa yang melakukannya, maka persoalan ini tidak akan saya jawab kerana ianya akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Sebaliknya insha Allah akan kita temukan jawapannya nanti di akhir penulisan saya ini.
9/11 telah menjadi sejarah dan amat penting untuk kita renungi kembali agar punca puncanya dapat kita kaji dan elak di masa hadapan.
Hairan juga saya apabila kita melihat sesuatu peristiwa itu daripada perspektif mereka yang kehilangan, kita merasa sedih, kecewa dan marah. Sehari sebelum tarikh keramat ini, televisyen di Amerika memaparkan filem filem yang mengembalikan kembali nostalgia nostalgia tersebut dalam bentuk Air Force One, Rencana, Filem tentang Hijacking dan sebagainya. Perspektif rakyat Amerika tentang pengganas, tentang betapa zalimnya pengganas yang menembak dan membunuh orang lain yang tidak bersenjata. Perspektif ini telah dipaksa oleh mereka, dan ini sesungguhnya adalah sifat bangsa mereka yang selalu meng “imposed” nilai dominan mereka terhadap mereka yang lain yang di anggap lemah. Sesungguhnya ini yang aku pelajari daripada pemerhatian dan pembacaan aku berkaitan dengan budaya.
Aku dapati perkara yang sama berlaku di Malaysia menjelang kemerdekaan? Tayangan filem bersifat patriotik dipaparkan,dan saya tertanya tanya seolah olah tidak patriotik agaknya aku ini kerana aku tidak gemar menonton filem sedemikian dan aku habiskan masa aku dengan mengadakan diskusi di kalangan remaja Melayu agar mereka tidak terlibat dalam pesta seks pasca Malam Merdeka? Atau adakah patriotik mereka yang melaungkan merdeka merdeka merdeka dan kemudiannya terlibat dalam pesta seks dan lumba haram?
Jadi patriotik apa ini kalau sekadar dizahirkan di mulut? Hipokrit. Dan pelaung pejuang kebebasan dan demokrasi apa ini kalau pengeboman di Hiroshima adalah halal dan absah bagi mereka? Keamanan apa yang ingin dicapai mereka walhal dalam masa yang sama tidak pernah perspektif “keamanan” setiap hari yang dialami oleh warga Palestine selama 50 tahun kebelakang ini?
Apa tidak ada nilai KAH perspektif mereka yang mati di Iraq kerana uranium bocor, atau mayat yang bergelimpangan atas nama Operation Infinite Reach? Pernahkah kita melihat perspektif sedemikian? Atau perspektif ini tidak POPULAR kerana mereka tidak ada media dan suara yang kuat untuk menyatakan apa yang mereka alami dan rasai ketika anak anak mereka mati?
Saya terpanggil dan memanggil anda untuk melihat dan membaca temuramah Tayseer Al Alouni. Cari sendiri.