jauh kaki melangkah dan erti terrorist

Author: admin  //  Category: Uncategorized

aku mendapati ada beberapa kategori manusia yang mendeklarasikan mereka maju dan bertamadun, tapi apabila disanggah dengan idea idea yang asas berkaitan  dengan kesamarataan hak hak manusia, terus dan langsung menolak dan tidak mahu mendengar atau membaca. manusia seperti ini, aku kategorikan sebagai seruan telah diberi kepadanya..lantas ku angkat tangan dan kubiarkan sahaja hidayah datang dari Tuhan. Sungguh aku tak mampu mengubah…

jadi bagi aku..tidak lagi maju mereka ini.

aku mempersoalkan definisi dan ruang pengertian akan istilah dan pegangan yang mereka ambil sebagai pedoman dan panduan. dari mana? apa validitinya? dan aku tertanya tidakkah mereka ini tertanya sebelum definisi dan panduan itu diambil?

aku cuba memahamkan kepada mereka erti terrorist dalam ruang lingkup barat, dan erti “irhab” dalam definis al quran dan sunnah.  walaupun aku perjelaskan, mereka ini tidak mahu menerima. kukuh dan utuh dengan pandangan sendiri meskipun terang terang itu salah..

degil namanya itu..

dan..jauhkanlah aku dari syirik khafi kerana kesedaran ini kesemuanya adalah dari Mu..alhamdulillah..

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply