Rumah kami ada tetamu, namanya Brent, datang sekitar waktu maghrib, untuk kajian dan sejurus kemudian, lebih kurang jam 7, pulang ke fakulti untuk theraphy.
aku dapati orangnya baik, lebih jujur( dari hemat aku) berbanding dengan Melissa yang aku kenali. Di sini aku kenal ramai Amerika yang jujur sifatnya. kebanyakan mereka ini ingin mengkaji Islam dengan lebih lanjut. Aku kira dia lebih jujur dari Melissa memandangkan dia menghabiskan 2 jam masanya mendengar khutbah jumaat. Sejam lagi dengan ceramah aku, ketika membuat presentation tentang Islam dan akhir sekali, satu jam ketika makan tadi.
Pada kali ini interaksinya lebih bersifat bukan keagamaan, soalannya lebih universal. Banyak bersekitar Malaysia dan tempat tempat menarik.
Brent juga mendedahkan dirinya bahawa dia adalah Mormon, katanya terdapat banyak persamaan dengan Islam daripada beberapa segi. Aku jelaskan kepadanya sumbernya daripada Allah, sebab itu..cuma manusia yang datang dan menafsirkannya tidak selaras dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Hari ini juga aku berinteraksi dengan Amira, warganegara Israel yang beragama Kristian. Dia bukan Yahudi, sebaliknya Arab. Dia banyak mengubah beberapa pandangan aku terhadap warganegara Israel. Tidak aku mahu jelaskan di sini apa yang kami bincangkan, tapi jika mahu tahu, silakan tinggalkan komen danĀ emel, insya Allah akan aku jawab.
Amira juga menghadiahkan aku buku yang dikarang oleh Tariq Ali. Separuh isinya telah kubaca. Menarik. Ku kira selepas ini akan aku lebih banyak membaca novel novel profilik yang membawa perspektif dan pandangan dunia individu.. Terima kasih kerana mengembalikan semula keyakinan aku untuk membaca buku buku novel semula setelah hampir berbelas tahun aku tinggalkan tabiat ini.