berapa orang kawan kawan aku mengatakan berat badan aku bertambah, jauh di sudut hati aku tak percaya, macam biasalah ada sahaja alasan aku kemukakan.
teori terbaru aku ialah menyimpan lemak sebagaimana beruang kutub yang akan berhibernasi untuk jangka waktu yang panjang. lagi beruang makan banyak, inikan pula aku yang tak berhibernasi, pergi ke sana ke mari.
natijahnya, ketika aku menulis posting ini, aku sedang giat mara menghabiskan separuh pizza yang dibuat oleh bini tercinta aku hehehe..mesti dia frust takde bekal nak bawa ke kelas esok..saper suruh masak sedap ye dak?
sempena musim thanksgiving yang semakin hampir ini, asrar rashid ada menyediakan turkey zabihah di jual di masjid, besar betul aku lihat ayam ayam itu. aku terfikir masakan apa yang sedap agaknya…terbayang jugak kepala mr bean yang melekat masuk dalam ayam..hehehe..kepalanye kecil…:)
sempena musim sejuk ini juga, aku sudah merancang untuk pergi berenang sekuat hati.. air kolam renang yang panas, dan juga latihan menguatkan bahu serta tulang dada aku yang patah akibat main rugby dulu perlu ditingkatkan.
Oh ya petang tadi bertemu dengan Kak Aziah dan Kak Siti di Yee Korean Store. Aku mencari taugeh, yang kehabisan, lantas aku gantikan kulat dari Jepun. Kak Aziah menegur aku kerana memakai selipar. Seingat aku, ku pakai selipar bukannya kasut ketika musim sejuk ini kerana aku hendak cepat.
Aku bertekad di dalam hati bahawa akan aku jaga ( semampu aku insha Allah) kakak kakak aku ( meskipun bukan kakak betul) sebaik mungkin memandangkan mereka pertamanya, Islam, keduanya, Malaysian. Aku terkejut juga kerana apresiasinya terhadap panggilan kakak itu. Katanya, ” Sudah lama orang tak panggil kakak, selalunya Aziah sahaja.”
aku jelaskan dan memberikan definitive statement kepada mereka bahawa panggilan kakak itu bagiku lebih mulia dan lebih aku hormati dari panggilan Dr, atau Phd.
Ini kerana, hal ini mengingatkan aku kepada satu peristiwa ketika aku bersama sama rakan rakan lain dari Universiti seluruh Malaysia, menanda paper students Matrikulasi, aku panggil satu doktor ( dari UKM) ini dengan nama kakak, diherdiknya aku dengan mengatakan, ” Apa , awak ingat saya ini mak cik yang sapu sampah ke?” Nama Dr ini Marlina tak silap aku..Aku tag nama ini agar mana tahu dia jumpa dan baca hehehe..
Professor aku disini, tak pernah memaksa aku atau meminta aku memanggil mereka dengan nama Dr, atau Professor, atau Assistant Professor, sebaliknya dengan nama pertama mereka( first name). Della Perez, Be Stoney, semuanya nama semata mata…
Ilmu itu letaknya pada pengamalan, di adili oleh Allah.
aku kira itu sahaja untuk malam ini.
Tags: Dr Marlina, Dr Marlina UKM, Marlina, Stupid Doctor, UKM
January 12th, 2009 at 5:39 am
Ya Allah..
Dr.yg mengherdik itu,saya sedang mengalaminya walaupun tak seteruk herdikan tu.
Kenapalah sombong sgt,terasa betul2 memalukan dan saya menangis kerananye.Saya search saje kat google,tak sangka pulak terus jumpa blog ni,sekurang2nya saya mmg tahu dia mmg begitu..
January 13th, 2009 at 6:53 am
assalamualaikum saudari tanpa nama,
bersabarlah saudari, kita doakan agar dia berubah, pada mulanya saya terkejut juga dengan responnya yang sebegitu, tapi kemudian, ianya menjadi pengalaman yang manis buat saya, kerana isteri saya menasihatkan saya agar bersabar dan jangan mengulangi kesilapan yang sama.. biarkanlah,
emosi, akal dan ilmunya tidak seimbang, apa boleh buat, hehehehe…agaknya terlebih buat “research yang gempak gempak” ..
oh ya, lebih manis sekiranya hantar anonimous sms kepada dia tentang blog saya ini, keh keh keh keh.. jangan gentar dan takut, sesiapa pun tidak ada hak untuk mengherdik saudari..
teruskan perjuangan saudari, hasilkan research yang hebat tapi kemudian tetap tunduk ke bumi, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya..buktikan kepada diri saudari sendiri( takde guna buktikan pada Dr Marlina UKM ini) bahawa harga diri saudari lebih mulia dan tinggi, kemudian selepas itu tetap bersyukur dan menyumbang kepada anak bangsa..
wokey.. selamat malam dan assalamualaikum…