jenis jenis Bodoh..

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Hari ini berjaya memecahkan tempurung keras yang tersimpan dalam benak bertahun tahun. Refleksi yang percakapan sesiapa pun boleh ditolak melainkan adanya hujah hujah yang tetap dan mantap. Jadi tidaklah aku atau engkau yang membaca blog ini menjadi pak angguk semata mata.

sepatutnya aku sedar hari yang lepas. Ketika debat aku dengan Dr. Shah Alam( mamat Pakistani), aku jelaskan tentang persoalan Khilafah, bersumberkan daripada buah fikiran si Ishak( mamat Sri langka) yang mengertikan Pope sebagai Khilafah Dunia Kristian. Definisi itu tidak tahu di ambilnya dari mana, sebab ternyata songsang. Apa Bush atau Obama setuju dengan pendapat itu? Adakah sama erti Khilafah Kristian dengan Khilafah Islam? Setahu aku, ketika zaman dulu, yang boleh saja dianggap Pope itu Khilafah dunia Kristian memandangkan kuasa politik di tangannya, dengan mudah aja melancarkan holy war, dan pada zaman kini, aku tidak nampak, yang perang ini bersumber dari Pope semata mata, tapi kesemua mereka terlibat kerana mereka itu berada dalam satu sistem yang hakikatnya kufur tetapi di dalam domain kufur yang besar itu, ada pula sub domain sistem-sistem lain yang berfungsi menjana juga peperangan ini. dalam kata mudahnya, pope itu peranannya bukanlah ketua yang agung, tapi terlibat secara langsung dari segi keagamaan. Ahh, mudah aja, lihat saja firman Allah yang mengatakan mereka ini tolong menolong dalam membanteras Islam.

Yang menjadi keberangan aku, (alhamdulillah, keberangan aku ini ada manfaatnya kemudian) apabila Dr Shah Alam ini menolak sistem/keperluan untuk mewujudkan khilafah. Hujahnya, kerana ketiadaan manusia yang soleh dan beriman (sebagaimana sahabat besar umpama Umar, Abu bakar radiyallahu anhum) ketika ini. Bersyukur aku kepada Allah yang meletakkan ilmu itu kepada pemakainya bukan pada anugerah phD.

Aku bawakan keperluan untuk mendirikan solat Jumaat, dalam komuniti yang ahlinya 100 orang atau kurang. Perlunya untuk melantik Imam. Aku bawakan keperluan untuk mengemudikan kapal yang memerlukan nakhoda. Aku bawakan hujah ketika musafir yang perlunya melantik ketua bagi membolehkan pengurusan di jalankan.Pelik aku kerana di katakan aku menggunakan hujah analogi perkumpulan yang kecil untuk jumlah umat Islam yang berbillion jumlahnya.

Lantas aku fikir, ini hujah pemikiran yang aku bawa, tidak dapat diterima olehnya. Analogi yang dibawa oleh aku itu juga salah satunya, bersumber daripada hadis( berkaitan dengan musafir). Yang dikatakan olehnya ( si pemegang phD ini ) ialah untuk membina iman sebaik mungkin. Aku kira, iman yang dibinanya sebagaimana dikatakan olehnya terdahulu, tidak menjadikan apa apa untuk memilih pemimpin sebab dia sendiri pada asalnya tidak mempercayai adanya dikalangan orang beriman yang boleh memimpin, baginya seharusnya ada/boleh mewujudkan iman seumpama Umar Al Khattab atau Abu Bakar As siddiq.

Bercakap atau berbincang dengan orang seumpama ini membuang masa!!

Terima kasih kepada beberapa manusia yang menulis erti fokus tapi tidak menjawab pun apa itu fokus, yang ada cuma jualan produk. apabila ku baca komen komen dibawahnya ternyata tiada ulasan tentang idea, yang ada cuma muntahan balik idea yang ditulis oleh penulis tersebut. Apa yang hendak disampaikan pun tidak ku tahu. Kedua duanya bodoh. Yang menulis pun bodoh, yang mengomen pun bodoh. Namun aku mengucapkan terima kasih juga kerana melalui tulisannya itu, menjadikan aku lebih sedar, yang aku tidak perlu menulis sesuatu yang tidak berfokus. Tidak membazir masa aku kerana menulis melibatkan investment masa yang besar, juga meletihkan untuk berfikir mencari idea dan sumber rujukan. akhir sekali tidak membazir masa pembaca yang membaca tulisan aku. Aku kira, selepas ini, lebih banyak blog yang aku akan sampahkan dengan mudah.

penat

Author: admin  //  Category: Uncategorized

aku ingatkan aku seorang sahaja yang mengalami sindrom malas ini. rupa-rupanya di saat penghujung, ramai lagi yang dihidapi virus ini. faktor utama pensyarah pensyarah aku melambakkan jutaan kerja kerja di penghujung untuk mengejar thanksgiving. faktor kedua ialah cuaca yang semakin sejuk. kerap kali di waktu pagi ketika aku membuka email, aku doakan agar adanya email tundaan kelas daripada pensyarahku..betul kata sepupu iparku yang pernah studi di Canada, cuaca sejuk menjadikan tilam begitu empuk dan enak..

aku membaca emelku pagi ini , bahawa persatuan pelajar filiphina akan mengadakan parti seakan permainan apa ntah untuk menghadapi /mengurangkan kebosanan yang melanda pelajar pelajar ini. ku kira yang membakar semangat ku ini ialah semangat berlawan untuk membuktikan yang aku si Muslim, mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari mereka.

tak seperti waktu summer, waktu fall ini aku kerap kali mengantuk.. mudah sangat mengantuk.. aku kira tenaga yang ada habis diguna untuk memanaskan badan, jadi keletihan saat penghujung hari.

hari isnin ku kira hari yang sibuk buatku.. kelas se awal pagi dan kelas selewat petang, meskipun kedua dua kelas ini cuma 5 jam sahaja, ianya amat memenatkan. penat mendengar idea idea yang disumbatkan kedalam kepala hotakku..lagi bertambah penat apabila memikirkan assg yang tidak siap siap dan lambakan demi lambakan di atas assg itu.

tidak banyak yang ingin aku coretkan kerana aku mahu tidur sebentar lagi..penat amat..