Pelajaran dari Tupai USA

Author: admin  //  Category: Uncategorized

alhamdulillah, hari ini hari yang tenang meskipun di luar cuacanya cukup sejuk. Heater di Blok V ini berfungsi dengan baik. Malah terlalu baik sehingga selalunya tekak kami kekeringan. Akan aku pasang humidifier, tetapi Irfan pula tak tahan dengan humidifier, selalunya hidungnya akan tersumbat menjelang pagi.

Aku kira akan berjaya aku kali ini dengan perancangan facebook dan yahoo messenger aku, yes, it consumes too much of my time.

daun daun pokok, luruh keseluruhannya sudah kering. Cantik sungguh permandangan ketika ini. Yang paling menyeronokkan aku ketika melihat sang tupai tupai yang bekerja keras menggemukkan badan dan membuat persiapan terakhir untuk musim sejuk, makanan di simpan di dalam tanah. aku tertanya tanya bagaimana mereka akan menjumpai kelak makanan yang di tanam itu. Tidak tertukarkah?

Perancangan aku untuk memberi makan kepada mereka. bekalan kacang aku amat banyak( aku simpan di Wal Mart hehehe).  Strategi menggunakan tali/benang yang aku pelajari dari Youtube yang aku lihat semalam. Ini ku kira pengalaman yang amat menarik.

Kenapa manusia sendiri sering gagal membuat persiapan sebagaimana persiapan sang tupai?

Tags: , , , , , , ,

2 Responses to “Pelajaran dari Tupai USA”

  1. kipp Says:

    Kadang-kadang kita lihat binatang lebih cerdik dan lebih berakal dari manusia yang tak mahu menggunakan akal….

  2. admin Says:

    benar kipp, tak sia sia setiap perkara yang diciptakan..terima kasih kerana datang berkunjung

Leave a Reply