Kawan baik nazak..

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Jam 2 pagi, Januari, 17 2009, kawan baik aku yang sentiasa menemani aku untuk setahun yang lepas, telah ku simpan di dalam keranda kerana nazak dan sakit tenat yang amat serius, ku harap pada zaman mendatang, dengan menggunakan teknologi yang canggih akan aku dapat hidupkannya semula. Proses menyelamatkannya bermula seawal jam 11 malam lagi,tapi apakan daya..

aku letakkannya di dalam ice box bersama sama dengan otaknya yang sempat aku selamatkan, sebagaimana yang di alami oleh Superman dalam Doomsday, begitulah juga dengan sahabat baikku itu.

Situasinya kini dalam keadaan dormant, atau hibernasi.

Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan. Selamat tinggal.

Leave a Reply