dua 3 hari ini aku banyak termenung. bukan sedih pun. gembira pun tak juga. lebih banyak berfikir tentang lemahnya fizikal aku ini. kadang kadang berfikir tentang cahaya x ray yang menembusi badan( aku je faham ape dia yang aku maksudkan ini). dan kadang kadang aku praktikkan semula kaedah yang aku jumpa agar cahaya x ray tak menembusi badan. memang ada perubahan pun cuma aku tak nyatakan ianya berkesan sebab aku takde makmal saintifik, so aku biarkan dan syok sendiri mengatakan aku berjaya meskipun, secara alamiah, tak pernah pun aku lihat cahaya x ray tersebut.
petang ini juga aku terfikir tentang topik phd aku. meskipun aku tak melangkah pun lagi ke dalam alam phd. paling kurang aku ada topik dah. kalau dapat biasiswa sambung ok jugak tapi aku rasa kena tanya cik lin. kalau tak dapat, kenalah aku convincekan prof prof kat sini topik aku tuh marketable. cetusan hati aku kata yer, memang marketable dan boleh buat duit. hehehe tapi realitinya tak tahulah sebab kadang kadang instinct aku ni tak tepat juga.
target aku hari ini nak siapkan bab dr jeong hee kim yang dia suruh aku kaji tapi disebabkan kelemahan fizikal aku, tak dapat jugak aku siapkan, dah la hari ahad ini kena mengajar kat MIC. Ini semua gara gara Dr Perez. Menyesal aku ambik subjek tuh. menyusahkan hidup aku aderlah.
sejak demam dan tak pergi swimming nih, aku rasa jam biologi aku dah banyak yang lari. hari ini, ikut nafsu aku belasah makan budu. dan aku rasa sat lagi aku nak telan INH dan b. ada kaitan ke badan aku yang lemah dengan treatment 9 bulan depa nih?
kadang kadang, selepas aku membaca teori teori konspirasi dalam buku buku percuma yang aku dapat kat internet nih, sangsi aku dengan perkhidmatan yang diberi oleh mereka ini. ada cip kot dalam badan aku..heheheh perasaan aku aja tuh..
kalau ada pun dan dia mengalir celah kulit, insha allah takpe, selalu aku ikut pesan malaikat kat langit ke 7 supaya di amalkan selalu..tapi aku jer yang malas buat, bukan apa, segan kalau pegi swimming pool badan bertampung tampung.. di katanya aku ada kusta keh keh keh.. pernah sekali aku tengok mat saleh nampak badan aku pucat lesi kerana parut luka kat badan..baru kau tau..
oklah aku nak minum dan tidur dan solat isyak.
Tags: diari hidup., luahan hati