iSLAM, BOOKS, book review, language

dah lama tak menulis

Author: admin  //  Category: Uncategorized

assalamualaikum,

sudah lama saya tidak menulis, kebiasaannya saya cuma meletakkan hasil assignment untuk bacaan umum. Setelah meneliti pro dan kons, saya kira saya ingin menjadikan blog/website saya ini santai, dengan meletakkan penulisan saya dalam bahasa Melayu.

Saya sendiri tidak tahu kenapa saya menulis pagi ini. Agak saya terkesima dengan ajakan debat?perbincangan dari seorang Amerikan yang tidak saya kenali, kebetulan berjumpa di laundry room dan kebetulan pula ketika itu saya membaca al Quran di bulan Ramadhan. Pertemuan itu membuahkan hasil, yang mana buku yang saya baca bertajuk “What Did Jesus really Say” karya Mishaal Ibn Abdullah dipinjamnya. Agak lama juga pada tangannya dan hari ini tiba tiba saya menerima emel darinya.

Saya kira saya akan menemuinya meskipun tidak dapat saya pastikan apa niatnya yang sebenar. Namun kalau debat yang dimahukan, saya kira beliau boleh sahaja mencari ulama atau bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. Kenapa?

Ya, pertamanya saya sangsi. Saya bukan muslim yang berpengetahuan tinggi dalam selok belok hukum Islam.
Keduanya, kenapa mencari saya sedangkan begitu ramai ilmuan Islam lain. Sekadar untuk bicara soal memancing atau linguistic boleh aja, tetapi untuk makna yang dalam berkaitan dengan ayat ayat Quran,
saya menyerah kalah. Ayat pertama surah Isra’ saya sudah kehilangan punca apabila ditanya tentang ilmu tatabahasa.

Kedua, dalam emailnya kepada saya, dikatakan bahawa dia travel. Ya ini sangsi juga saya. Menjadi paranoid kiranya saya ini tapi saya kira itu tidak mengapa. Sangsi kerana saya kira buku tersebut agak dalam juga kerana tidak ada perbahasan utama dalam Amazon.com yang mencela/membahas buku tersebut secara ilmiah. Amat menghairankan juga kerana segala galanya tiba tiba di tengah tengah saya sibuk.

Ketiga, saya sibuk.. namun jika berminat saya akan anjurkan untuk berdebat/berbincang dengan anak anak murid Zakir Naik/Yusuf Estes dan yang sealiran dengannya.

Ada matlamat lain yang perlu fokus dalam jangka masa terdekat ini. Doakan saya berjaya, Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Leave a Reply