iSLAM, BOOKS, book review, language

Tafakur: Diam Si Mukmin

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Tafakkur: Diam SI MUKMIN

Manusia dibedakan dengan pemikiran dan idea dan martabatnya ditinggikan oleh kawan kawannya bergantung kepada dalam dan tinggi pemikirannya. Oleh kerana itu, apabila mendengar atau berkata kata dengan seseorang, biasanya sejauh mana ilmunya, sejauh mana dalamnya refleksi diri dan tafakkur yang dilalui/ditempuhinya jelas.

Berikut ialah beberapa idea daripada salaf berkaitan dengan tafakkur. Moga kita mendapat manfaat daripada mereka, amen.

Salim ibn Abi al-Ja’d: Aku bertanya kepada Umm al-Darda (radhiallahu `anha), ‘Apakah amalan terbaik Abu al-Darda?’ Beliau menjawab, ‘al-Tafakkur.’

Al-Hasan al-Basri: ‘Tafakkur ialah cermin yang mana kamu melihat baik dan jahat amalanmu.’

Wahb ibn Munabbih: ‘Mukmin ialah si dia yang bertafakkur,mengingati dan menahan diri ( daripada kejahatan). Dia bertafakur sehingga ketenangan meliputinya dan berada dalam keadaan stabil dan aman dan ini menyebabkan si dia merendah diri/sedar diri. Si dia amat teliti( lembut dan hati hati) agar dirinya tidak terjatuh dalam masalah hinggakan enggan nafsunya menjadi bebas( umpama haiwan), menjauhi hasad agar cinta meliputi jiwanya dan merasa cukup dalam setiap perkara yang tidak kekal agar aqalnya menjadi sempurna ( yang sempurna milik Allah). Hatinya sentiasa mempunyai aspirasi yang mana aspirasi itu hanyalah Hari Kemudian. Si dia merasa risau/sedih apabila yang lain bergembira; kerana dalam hatinya timbul kerisauan akan Hari Kemudian memandangkan dia sedar akan REALITI. Tetapi apabila mata mata yang lain tertutup, si dia ber GEMBIRA; membaca kitab Allah dan mengulang mengulang pembacaan itu agar meresap dalam hati- dan pada satu masa hatinya menjadi gentar dan menangis hiba. Malam terus berlalu dan si dia terus membaca dan hari siang menjelma dan si dia tetap dalam keadaan berhati hati dan tenang( kesan dari pemahamannya tentang reality:apabila merenung dosa dan merendahkan amalan baiknya yang tidak ada nilai: humble/rendah diri.) Si dia ini pada hari Kiamat akan dipanggil di perhimpunan agung : Berdirilah wahai Si Mulia dan masuklah kamu ke Syurga!

Ibn Abi al-Hawari: Aku berkata kepada Abu Safwan (’Abdullah ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan), ‘Manakah di antara ini yang lebih baik: ‘Seorang lelaki lapar dan duduk bertafakkur atau dia patut makan dan kemudian bangun bersolat?’ Beliau menjawab, ‘Yang benar, dia hendaklah makan dahulu dan kemudian bertafakur di dalam solatnya, dan ini lebih aku cintai. Jadi aku nyatakan ini kepada Abu SUlayman dan dia berkata, ‘Dia (Abu Safwan) telah menyatakan perkara yang benar. Tafakur dalam solat adalah lebih baik daripada di luar solat kerana tafakur dalam solat hakikatnya dua perkara baik dan dua kebaikan lebih baik daripada satu.’

Al-Hasan berkata kepada Sufyan ibn ‘Uyaynah: ‘Tafakkur adalah kunci kepada Rahmah. Tidakkah kamu lihat mereka yang kerap bertafakur kerap bertaubat?!’

Leave a Reply