iSLAM, BOOKS, book review, language

terjemahan Al Khutoot Al Areedah

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Full English from here:

http://www.scribd.com/doc/16623919/20090620224344PDF-Al-Khutoot-Al-AreedahShiei

Portions in Malay:

Pengenalan:
Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla. Kami memujiNya dan kami memohon pertolongan dan keampunanNya. Kami memohon perlindungan Allah daripada kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tiada yang dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, tiada yang dapat menunjukinya. Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tidak ada sekutu. AKu naik saksi Muhammad ialah pesuruh Allah dan utusanNya. Selawat dan salam keatas nabi Muhammad(s.a.w) dan juga para ahli Bait, serta para sahabat dan mereka yang mengikuti mereka dalam ketakwaan sehingga ke Hari Kiamat.

Tujuan utama penterjemahan Al Khutoot Al Arredah untuk mendedahkan kepada pembaca, Muslim atau bukan Muslim informasi yang tepat tentang aqidah dan dasar dasar golongan Syiah secara focus kepada Syiah Imamiah dan juga Ja’fariah.

Amat penting untuk Sunni Muslim menyedari bahawa Syiah telah menyeleweng daripada jalan lurus yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad(s.a.w) dan juga para sahabatnya( r.a). BUku terjemahan ini secara jelas dan ringkas menjelaskan ajaran sebenar golongan Syiah secara umum dan Syiah Imamiah secara khusus. Pembaca akan memanfaatkan daripada teks ini kefahaman yang jelas akan golongan Syiah dan akan menjauhkan diri mereka daripada Syiah dan juga kepercayaan mereka. Pembaca juga akan sedar bahawa tidak mungkin adanya penyatuan di antara Sunni dan Syiah kecualilah golongan Syiah bertaubat dari pegangan mereka. Golongan Syiah mesti kembali kepada ajaran Islam yang suci dan yang dijaga oleh golongan Sunni.

Malang sekali, di Barat, terdapat golongan yang berpendapat bahawa Syiah dan juga Revolusi Islam yang dib awa oleh mereka adalah refleksi betapa ganas, zalim dan gasar, adalah representasi Islam. Ianya di harap agar kaum bukan Islam yang membaca buku kecil ini akan sedar jurang yang membezakan di antara Syiah dan majority Muslim dan tidak menyalahkan majoriti Muslim akan perkara perkara yang dilakukan oleh golongan Syiah ini.

Fakta Fakta berkaitan Sektarianisme:

Kewujudan pelbagai sekte yang majoritinya adalah sesat telah dinyatakan didalam al Quran:

“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”. (11:118-119)

Tambahan pula, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 golongan,” dan di dalam riwayat yang lain: “ Kesemua mereka( 73 golongan)akan berada di dalam Neraka kecuali satu.” Apabila ditanya yang mana satu golongan yang selamat, Rasulullah s.a.w menjawab: “ Golongan yang mana berada atas sunnahku ( jalan hidup) dan juga sunnah para sahabatku.”1

Jadi kami akan cuba menjelaskan perbezaan di antara golongan golongan agar ianya jelas akan apa yang dipegang dan didasari oleh golongan golongan ini. Semoga hujah Allah terhadap hamba hambaNya tertegak:
“…supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya, iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(8:42)

Syiah bermula dalam abad pertama Islam sebagai satu rasa kasih dan kepuakan yang melampau pada Ahli Bait( keluarga dan ahli keluarga Rasulullah s.a.w). Kemudian, ianya berevolusi menjadi satu kesesatan yang membentuk pula menjadi satu agama yang baru: agama yang lain yang TIDAK di ajar oleh Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat( r.a).

Syiah mendakwa mempunyai al Quran yang lain yang di iktiraf oleh kesemua Muslim sepanjang sejarah Islam. Tambahan pula, mereka menolak kompilasi hadith sahih seperti Sahih Al Bukhari dan juga Muslim. Mereka percaya bahawa kesemua para sahabat r.a telah murtad kecuali beberapa sahabat dan meninggikan taraf Imam mereka sebanding dengan tuhan tuhan palsu yang wujud dalam mitos dahulu kala.

Malang sekali, dikalangan Muslim terdapat yang mempercayai bahawa Syiah telah meninggalkan aqidah mereka yang sesat dan telah kembali ke jalan yang benar. Fakta tentang hal ini tidak pernah di temukan lagi.

Penjelasan kesesatan Syiah terdapat di dalam buku ini, tapi dalam ruangan ringkas ini saya ingin membawa padangan ulama elit Syiah yang mana mereka ini ialah ayatollah dan mullah yang mana arahan dan perintah mereka di patuhi dan di taati oleh para Syiah awam.

Dalam kitab bertajuk Tuhfaatul Awaam Maqbool yang diterbitkan, terdapat satu doa2 yang di sahkan oleh 6 ulama Syiah terkemuka termasuklah Khomeini dan juga Shariat Madari. Dalam doa tersebut, Abu Bakar As Siddiq dan juga Umar Al Khattab (r.a) telah dilaknat kerana meminda Al Quran. Bukan itu sahaja, kedua dua anak perempuan mereka yang mana adalah Ummul Mukminin telah di laknat dan di sumpah oleh golongan Syiah pada hari ini.

Khomeini dalam bukunya Al Hukoomatil Islamiyyah menyatakan bahawa 12 Imam adalah maksum( tidak berdosa) dan Khomeini menaikkan mereka ke taraf para malaikat di langit dan juga para Nabi utusan Allah. Khomeini menegaskan: “ Pastinya, para Imam menduduki tempat yang tertinggi; kedudukan khalifah yang mana perintah dan kuasa melingkupi segala zarah di dalam setiap makhluk. Adalah aqidah Syaih bahawa Imam mempunyai kedudukan yang mana tidak di capai oleh malaikat dan juga para Nabi3. Khomeini menambah: “ Ajaran dan arahan para Imam adalah seperti al Quran, ianya wajib di ikuti dan di turuti.”

Secara ringkasnya, Khomeini dan juga para ulama ulama Syiah berpegang kepaa aqidah sesat Syiah sebagaimana yang terdapat dalam Al Kaafi. Khomeini secara jelas mengakui hal ini di dalam bukunya Al Hukoomatul Islamiyyah: “ Adakah kamu fikir bahawa ini cukup bagi kita, untuk menghimpunkan segala arahan dan ajaran dalam Al Kaafi dan kemudian meletakkannya pada rak buku dan mengabaikannya?”4
Al Khutoot Al Areedah memberikan beberapa terperinci daripada al Kaafi, batu asas bagi Syiah agar Muslim yang lurus hatinya akan berfikir 2 kali sebelum menerima bulat bulat idea idea yang mengatakan Syiah pada hari ini adalah berbeza pada Syiah yang lalu.

Taqiyyah:
Salah satu masalah utama untuk mereka mendapat respons positif daripada kita ialah berkaitan dengan aqidah mereka yang berasaskan kepada kemunafikan ( taqiyyah). Pengamalan taqiyyah dengan cara menyembunyikan perkara sebenar yang terdapat dalam hati mereka. Sunni yang lurus akan tertipu dengan kepura puraan yang lahir dari keinginan untuk merapatkan perbezaan dan mencapai kesefahaman di antara kita dan mereka. Sesungguhnya, mereka tidak pernah mahu dan membenarkan hal di atas. Mereka tidak mencuba ke arah itu malahan membiarkan kita untuk rapat, tapi tidak mereka malahan tidak melakukan apa apa usaha dari pihak mereka. Malahan jika terdapat Syiah yang mengamalkan taqiyah dan cuba meyakini kita bahawa mereka telah bergerak kea rah kita daripada ke arah Syiah, maka akan terdapat di kalangan Syiah tidak kira orang awam atau ulama mereka yang akan manjauhi dengan Syiah yang mengamalkan taqiyyah itu. Ini kerana aqidah mereka yang selama lamanya tidak akan bersetuju untuk setuju dengan kita.

Serangan Syiah terhadap al Quran:
Quran sepatutnya menjadi satu rujukan komprehensif untuk Syiah dan juga Sunni dan menjadi satu alat untuk mencapai perpaduan dan kesefahaman tetapi ianya telah di salah tafsirkan oleh Syiah. Maknanya ianya di beri pemahaman yang lain daripada apa yang difahami oleh para Sahabat( r.a) yang memahaminya terus daripada Rasulullah s.a.w, dan juga lain daripada apa yang difahami oleh Imam imam Mazhab Islam yang menerima kefahaman itu daripada generasi tabi’in.

Salah satu daripada ulama Syiah yang di hormati daripada Najaf, Mirza Husain bin Muhammad Taqi An Nawari At Tabarsi, yang menulis kitab Faslul Khitaab fee Ithbatti Tahreefi Kitaab Rabbil Arbaab( Jawapan Terhadap Hujah yang Membuktikan Mengatakan Perubahan Kitab Allah). Mirza menulis kitab ini terhadap kitabnya yang terawal dua tahun sebelum kematiannya, bertujuan menunjukkan bahawa Kitabullah telah di ubah. Bagi menunjukkan rasa hormat mereka kepada Mirza kerana menulis kitab ini, maka mayatnya dikebumikan di tanah perkuburan utama di Najaf.

Di antara bukti yang dikemukakan oleh At Tabarsi dalam usahanya membuktikan bahawa Quran telah diubah, adalah satu pernyataan Syiah berkaitan dengan surah Al Wilayah. Ianya menerangkan tentang kewilayahan( kekuasaan) yang dimiliki/anugerahkan kepada Ali yang bermaksud: “ Wahai orang orang beriman, berimanlah kepada nabi dan juga wali yang keduanya telah Kami utuskan kepada kamu kea rah jalan yang lurus..”

Ulama terkenal, Muhammad Ali Aoodi yang ketika itu berkhidmat kepada salah satu kementerian Mesir dan juga salah seorang pelajar Muhammad Abduh telah Berjaya menverifikasikan manuscript Quran Iran yang dimiliki oleh Orientalis yang bernama Brown. Brown telah membuat salinan fotokopi Surah Al Wilayah dengan terjemahan Persia dan kewujudannya di akui oleh At Tabarsi dalam bukunya Faslul Khitaab dan juga diakui oleh Muhsin Faani AlKashmeeri dalam bukunya Dabistan Madhaahib. Kitab ini yang ditulis dalam bahasa Persiatelah diulang cetak beberapa kali di Iran. Surah Wilayah dikatakan adalah wahyu daripada Allah meskipun ini adalah palsu. Hal ini telah dinyatakan juga oleh orientalis terkenal yang bernama Noeldeke dalam bukunya History of the Copies of the Wuran. Ianya telah muncul dalam Asian French newspaper pada tahun 1842.

At Tabarsi juga telah mengkuotasikan satu hadith daripada Al Kaafi( Al Kaafi ialah kitab hadis bagi Syiah sebagaimana Sahih al Bukhari bagi Sunni). Ianya menyatakan:

“Beberapa sahabat kami telah meriwayatkan daripada jalan Sahl bin Ziyaad melalui Muhammad bin Sulaiman bahwa beberapa sahabatnya Abul hasan Ath Thaani Ali bin Musa Ar Rida mengatakan, “ Semoga aku menjadi tebusanmu! Kami mendengar ayat ayat Quran beberza daripada apa yang ada pada kami dan kami tidak mampu menbacanya berdasarkan bacaan kamu yang mana telah sampai kepada kami. Adakah kami telah melakukan dosa?” Beliau menjawab, “ Tidak, bacalah ( Quran) sebagaimana yang telah kamu pelajari; seseorang akan datang untuk mengajarkan kepada kamu.”
Tanpa ada ragu lagi, perbualan ini telah dipalsukan oleh Syiah dan telah dikaitkan secara salah kepada Imam Alli bin Musa Ar rida, walaubagaimanapun, pernyataan ini di anggap oleh Syiah sebagai hokum yang qathi. Implikasinya ialah dikalangan mereka tidak melakukan dosa apabila membaca Quran sebagaimana yang dibaca oleh Muslim lainnya( Mushaf Usmani) tetapi agamawan dan ulama Syiah di antara mereka mengajar sesama mereka versi Quran yang lain daripada apa yang diterima pakai pada hari ini, versi yang mereka percayai daripada Imam imam mereka.

Satu keperluan bagi mereka untuk mengadakan satu perbezaan di antara Quran Syiah( yang mana secara rahsia dimiliki oleh mereka) dan pada masa yang sama menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan ramai sebagai salah satu perbuatan taqiyah mereka. Ini menyebabkan At Tabarsi menulis kitab Faslul Khitaab. Meskipun golongan Syiah menolak buku At Tabarsi tapi fakta yang nyata bahawa di dalam buku itu terdapat beratus ratus rujukan daripada ulama ulama Syiah yang secara jelas berpegang kepada hujah sesat mereka bahawa Quran telah diubah.

Mereka mahu mewujudkan kefahaman bahawa terdapat 2 Quran, pertama: versi Usmani yang dibaca oleh majority umat Islam pada hari ini yang kedua Quran yang mempunyai surah Al Wilayah. Mereka sedar telah mengadakan kebohongan terhadap Imam Ali bin Musa Ar Rida. Malahan mereka mengatakan bahawa terdapat satu ayat Quran daripada surah Al Insyirah telah dihapuskan. Ayat itu mengatakan dengan maksudnya begini “ Dan Kami mejadikan Ali, menantumu”. Tidakkah mereka merasa malu bahawa apabila surah ini diturunkan di mekah, ketika itu Ali belum lagi menjadi menantu Rasulullah s.a.w?Tidakkah mereka sedar bahawa Usman al Affan juga menantu Rasululllah s.a.w yang mengahwini kedua dua anak perempuan Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w berkata kepadanya,” Jika kami mempunyai yang ketiga, kami akan mengahwinkannya kepada kamu?”

Leave a Reply