ketenangan: bebas daripada facebook

Author: admin  //  Category: Uncategorized

wah, sungguh tenang aku sejak akhir akhir ini. Ini semua gara gara ketagihan terhadap facebook sudah berakhir. lebih masa untuk menghabiskan masa aku dengan membaca dan membuat kajian ilmiah, cuma aku tidak sepantas dan seproaktif menulis hasil hasil kajian yang aku temui. Ada beberapa faktor yang menjadikan aku sedemikian;

a) buku buku yang dibaca kebanyakkannya berbahasa Inggeris, aku dapati pembaca daripada Malaysia kurang gemar untuk membaca ulasan atau komen yang berbahasa Inggeris melainkan ianya sesuatu yang benar benar mendapat keuntungan dan manfaat bagi mereka. Aku kira ini benar memandangkan petunjuk google analytic yang aku letakkan dalam website aku ini lebih menjurus kepada melekapnya pembaca yang membacanya dalam bahasa Melayu.

b) aku sibuk dan aku dapati bahan bacaan yang aku baca biasanya lebih menjurus kepada perkara perkara merbahaya. Strategi ketenteraan, perang gerila, agama sesat, dan lain lain lagi. Aku mengambil masa yang lebih lama untuk meluahkan idea idea tersebut, khuatir pula nanti di anggap/di cop sebagai ancaman kepada negara. Tafsiran pembaca rata ratanya berbeda.

hakikatnya aku telah mengadakan beberapa ujikaji dan meta analysis, dan pernah satu ketika aku tagkan perkataan yang berbaur sex dalam salah satu nota aku ( walhal nota aku sifatnya suci murni) dan wah, yang datang berkunjung amat ramai. Oh pastinya sama ada dari Malaysia atau Indonesia kerana perkataan perkataan lucahnya ialah dalam kedua dua bahasa itu. Hahahaha.

One Response to “ketenangan: bebas daripada facebook”

  1. rastom Says:

    Salam,

    Menarik juga fasal Facebook. Ia cuma suatu trend sebelum datang apps lain yang menghiburkan. Tetapi ada sisi/segi/aspek Facebook yg boleh menafaatkan, terutama untuk menarik golongan muda.

    Saya sudah agak mandom memblog – belum saampai tahap tepu – cuma berehat seketika.

    salam hangat!

Leave a Reply