masakan bini

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Assalamualaikum pembaca,

Usai menghantar Ishak pulang ke Sri Lanka, berpeluang mengadakan diskusi dengan Yan sepanjang 2 jam perjalanan dari Kansas City ke Manhattan. Ternyata pertukaran ilmu sepanjang 2 jam itu membuahkan hasil, aku bersengkang mata melihat dokumentari berkesan berkaitan dengan Dajjal.

Daripada hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya bahawa dajjal itu sifatnya bermata satu, dan Tuhanmu sempurna daripada segala kekurangan sifat tersebut. Juga seingat aku daripada ulasan hadis hadis lain yang menyatakan di antara realiti dan palsu, kesemuanya bercampur baur; di tangannya api, yang api itu air. di tangannya air, yang air itu api.

Mungkin pembaca keliru maka benarkan aku perjelaskan di sini. Contoh realiti yang tidak benar kita lihat sahaja apabila menjamah ke dalam mulut Mc D. Tidak kira burger atau nugget. Sebelum kita jamah burger tersebut, kita di suakan pula dengan nasi goreng( masakan isteri) tapi memerlukan lebih kurang 45 minit, baru boleh makan.

pasti yang kita pilih adalah Mc D, ianya simple dan sedap. Masakan isteri tidak menjamin perkara di atas; kebarangkalian ianya tidak sedap di atas faktor faktor berikut:

a) ianya terlebih garam.
b) mood tak baik kerana ‘rela’ hati membasuh tahi anak. ( anak berak 5 minit sebelum makanan terhidang)
c) faktor faktor lain yang negatif.

Pilihan Mc D yang di buat sebenarnya adalah kerana beberapa faktor pula dengan jaminan dan kawalan bahawa masakan isteri tidak mengandungi kolestrol lemak tepu tinggi, daging yang digunakan adalah zabihah lagi halal dan menjimat duit dan menambahkan rasa sayang kepada isteri. Kemungkinan Mc D akan menambah rasa sayang kepada bini? Hahaha, andaikata yang menjadi cashier Mc D itu gedik, sayang bini kepada kita pula akan semakin menjauh kerana cemburu.

Fikirkan tentang realiti.

Leave a Reply