Dajal dan mata satu serta televisyen.

Author: admin  //  Category: Uncategorized

Hari ini menghabiskan masa 2 jam mengajar anak anak Arab dan Pakistan kelas tafsir. Aku bukan ahli tafsir, hanya tugasan aku hari ini menggantikan seorang brother yang perlu ke Kansas City, jadi yang aku lakukan hanyalah peranan kecil.

Aku kira aku enjoy mengajar mereka, pada mulanya merasa agak berat; pening kepala dan sibuk dengan assignment. Namun aku gagahkan juga. Wah ternyata yang ada dalam pemikiran mereka agak hebat juga; timbunan analisis berdasarkan keadaan semasa dan juga apa yang di dapati daripada sesi persekolahan mereka dan juga yang di ajarkan oleh bapa mereka.

Yang paling mengejutkan aku ialah tercetusnya ulasan daripada seorang anak Pakistan yang bernama Daud, yang mengatakan televisyen ialah mata Dajal, yang berfungsi untuk melihat. Wah, aku tergamam sebentar, dalam usia yang sebegitu muda, mampu menghasilkan analisis sebegitu. Aku mengiyakan, tapi anak anak Saudi menolak pendapat sedemikian. Kata mereka, “What the heck, how are we going to leave television?”

Aku ujarkan kepada mereka bahawa mereka yang menguasai media tahu pilihan yang dibuat, ini di lihat berdasarkan rating. Basically, segala data dan perang pemikiran di sampaikan ketika peak hours, jadi agenda agenda sesat dan songsang waktu waktu begini disemaikan secukupnya. Aku ujarkan lagi berkaitan dengan iklan arak yang berleluasa ketika waktu peak, jadi bagi ibu bapa yang tidak peka akan membiarkan sahaja anak anak melihat, dan subconscious mereka tanpa segan silu menelan segala informasi tersebut kerana filter mereka masih lagi belum cukup kuat dan matang, lihat sahaja orang orang yang kononnya dewasa masih lagi terkontang kanting membezakan yang baik dan yang buruk, yang realiti dan yang ilusi.

Selamat menonton ya!!!