leadhumancapital.com » utamakan yang utama

Utamakan Yang Utama
Ramai di antara kita yang ingin melakukan banyak perkara dalam waktu kehidupan yang terhad ini, menjadikan pemikiran kita tidak berfokus dan  dipenuhi dengan projek demi projek. Kadang kadang kita keliru yang mana satu sifatnya tanggungjawab yang memerlukan tindakan semerta menyebabkan akhirnya tidak ada satu apa pun yang dapat dicapai dengan jayanya. Ibn Al Qayyim menjelaskan bahawa kadangkala niat akan diberi ganjaran yang lebih baik/besar daripada perbuatan fizikal pada diri seseorang kerana hasil daripada niat itu di harap akan membuahkan sesuatu yang nyata produktif untuk manfaat diri atau mereka yang disekitar.

Menjadi produktif bermaksud mempunyai kaedah bagaimana untuk menghasilkan sesuatu seperti bila dan apa. Ini adalah kunci menjadi ke arah produktif. Sebagai contohnya, jika kamu berniat dan kemudian mengerjakannya, fokus tenaga tertumpu kepada pekerjaan tersebut. Maka ini akan member ganjaran dan kebaikan yang banyak kerana sudah ada dalam perancangan kamu, tindakan tindakan spefisik yang diorganisasi, pemikiran kamu akan lapang kerana wujudnya pelan tindakan ini.

Bagaimana ianya direalisasikan dalam konteks menjadi manusia hebat?

Ibn Qayyim dalam Madarijus Salikin( 1/188) menjelaskan dengan perincian yang nyata:

“Mereka mengatakan yang terbaik dalam beribadat kepada Allah ialah mengerjakan ibadat itu ketika sesuai dengan keadaan dan apa yang diperlukan ketika itu. Ini bermakna, waktu terbaik ketika Jihad sedang berkecamuk ialah Jihad, meskipun ini akan menyebabkan kita mengabaikan ibadah rutin yang lain seperti solat dan berpuasa dan lain lain lagi. Malahan ini termasuk tidak dapat mengerjakan solat dengan sempurna sebagaimana yang kamu boleh lakukan ketika waktu aman dan senang.

Perkara terbaik yang dilakukan ialah ketika hadirnya tetamu ialah memastikan hak hak tetamu itu dipenuhi bukannya menyibukkan diri dengan ibadah ibadah sunat. Hal ini termasuklah memenuhi hak hak dan keperluan isteri dan ahli keluarga kamu.

Perkara terbaik yang dilakukan pada waktu pagi ialah menyibukkan diri dengan solat, Quran, doa,zikir dan taubat daripadaNya.

Perkara terbaik yang dilakukan ketika mengajar pelajar atau si jahil ialah memberikan perhatian penuh kepadanya.

Perkara terbaik yang dilakukan ketika azan berkumandang ialah meninggalkan perkerjaan lain dan bersegera menjawab panggilan azan dengan mengulangi kalimah kalimah azan tersebut.

Perkara terbaik yang dilakukan ketika solat 5 kali sehari semalam ialah melakukannya dengan terbaik dan bersegera melakukannya dan bersegera ke masjid-